30 May 2011

Pelacur...

pelacur...
kerja kau melacur....
jalan gelap lorong tikus kau redah....
mencari sesuap rezeki....
betul....untuk kau hidup...
hidup sihat dengan dosa - dosa lama...
yang membentuk peribadi hina...

pelacur...
kau cantik....
cantik kau bukan di lorong dan bukan di tilam lama...
cantik kau perlu pada insan yang kau sayang...
mana pergi??
mereka jual engkau??
atau engkau rela...
menjadi pelacur
sampai bila – bila

29 May 2011

Binatang...

Terdengar bunyi kucing jantan yang gersang, aku rasa mahu juga pergi terajang.Apakan daya seekor binatang mana tahu erti gersang.Tapi kita manusia?
Jawapan ada pada semua kerana kita bukan binatang.....

beri tajuk plzz.

Kring..kring  telefon pejabat sebesar penampar berbunyi. “Hello, siapa bercakap?” Sarah dari bahagian perkhidmatan pelanggan Suria Capital Sdn. Bhd. Erm saya Aliff, dari bahagian sumber manusia Jentayu Berhad. Tiba – tiba ingatan  Sarah melayang pada nama Aliff lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya. “Errr...Encik nak bercakap dengan siapa?” Saya nak bercakap dengan awak.Saya??? “Yaaa... awak Sarah kan yang saya jumpa di Jusco haritu.” “Alamak...memang benar inilah lelaki yang membuatkan aku jadi berahi untuk bercinta lagi.” Lafaz Sarah dalam hati.

22 May 2011

Pengalaman...

Hari ini gua ada kerja nak buat di luar.Gua buat ni pasal nak cari pengalaman.Nak jumpa orang katakan. Gua tak jual produk, tapi gua buat survei. Perempuan atau lelaki gua tak kisah asalkan dia boleh bagi gua maklumat dan gua senang hati.Tak banyak pun cuma 10 orang.
***********
Kalau lu rasa nak tolong gua datanglah area cheras beli barang atau lepak – lepak nanti gua nampak gua buat isyarat kenyit mata. Lu orang jangan  ingat gua nak mengorat lu orang. Gua bukan mat romeo jauh sekali mat jiwang.
***********
Waktu gua sambung tulis ni lu orang kena tahu gua tak pergi pun buat survei. Alasan gua kukuh, hujan lebat dan jarak penglihatan yang terhad pasal gua naik motor.Logikkan? Apa – apa nanti gua fikir macam mana nak survei dalam hujan.
Sekarang gua tak ada mood nak cerita lebih  pasal hujan.
Cewah......

19 May 2011

Dah lama tak menulis.Idea ada cuma nak terjemahkan dalam bentuk ayat yang boleh memberikan sesuatu makna dan maksud belum tercapai dek akal. Aduh aku rasa perlu sedikit pencerahan. Bukan apa, kita sebagai manusia kadang - kadang alpa tugas kita sebagai hamba. Apapun setiap yang berlaku dan yang dilalui adalah satu bentuk pengalaman yang mesti kita tempuhi dalam kehidupan sebagai manusia dan hamba kepadaNYA.

"Hidup itu satu destinasi pilih kanan atau kiri, silap pilih boleh mati"

09 May 2011

Anugerah.....


Desir malam itu buat hati lega. Rasa tenang lain dari yang lain. Atas lantai tanah itu ada seraut wajah tenang tidur dalam dakapan malam kelam. Wajah tu wajah tak berdosa yang sentiasa menjadi kesayangan semua.
***********
Bodoh kalau ada yang cakap budak tu anak haram. Sebenarnya siapa yang anak haram sebenarnya?? Kalau kau diberi makan hasil haram, tak salah kau digelar anak haram. Hasil yang menjadi darah daging kau dan akan diwarisi dari generasi ke generasi. Budak tu tak berdosa. Yang bersalah ayah dan ibunya akibat nafsu mengatasi rasional. Jangan hancurkan masa depan budak itu.
************
Budak tu cerdik, petah bercakap dan mudah faham apa kita cakap. Dari menyusu badan hingga pandai makan sendiri, budak tu membawa banyak erti. Susah senang dalam membesarkannya itu adalah  satu tanggungjawab dan bukti tanda cinta kamu pada budak itu. Cukuplah kesalahan kamu dulu, jangan dikesali kesilapan lalu kerana masa akan datang tak siapa yang tahu.
***********
Budak itu bangun dan bertanya, mama mana ayah??

08 May 2011

Restu...


Dulu waktu kecil, gua teringat zaman gua pergi sekolah petang. Kebetulan waktu tu musim menuai padi. Gua dengan sawah tak dapat dipisahkan. Hitam gua harini pasal kesan berjemur dan berkubang dalam sawah. Memang feel gua ni orang kampung paling “hardcore”. Satu hari waktu sekolah petang, gua rancang dengan kawan – kawan nak lepak tepi sawah.
*******
Gua dah bajet nak ajak kawan gua lepak cari ikan dalam sawah. Gua nekad kalau kantoi dengan nenek gua tak kisah asalkan gua puas. Ala kalau ponteng sekali sekolah petang takkan nak kena maki sebulan. Gua jenis rilex sambil kena marah gua makan ais krim roti.
********
Part gua dah berjaya ponteng gua terus pergi sawah cari ikan.  Gua mula – mula nak rilex tapi gua pulak gelabah pasal ada kenangan korek lubang. Gua pernah kena kiss kat jari dengan ikan keli. Jadi gua cuba tarik nafas sambil kunyah chewing gum. Kata hero kan, so gua terus korek. Dah habis sampai lutut gua korek gua dah berjaya jumpa lubuk.
********
Gua cadang malam nak masak asam pedas dengan timun. Nenek gua cakap mak gua membesar makan asam pedas. Tapi gua gagal. Maafkan gua nenek. Gua akui nenek gua tak restu.

Gua capai ular bukan ikan.Jahanam.

07 May 2011

Penipu....


Ada sorang awek ni  tanya gua pasal lelaki. Gua ingat gua ada peluang nak tonjolkan aset gua pada dia jadi gua boleh tackle dia. Gua punya semangat dah berkobar – kobar nak yakinkan dia. Dia mula tanya gua, mula – mula tanya gua sihat atau tak? Gua cakap mesti sihat boleh kerja lagi. Gua senyum saat dia muka merah padam. Gua rasa dia tahan kentut bukan sebab datang bulan.
*************
Tiba – tiba keluar satu ayat dari mulut awek tu. Gua marah juga tapi gua redha. “ awak percaya tak lelaki memang penipu”. Gua jawab hah memang ada lelaki penipu pasal tak adil kalau ada yang jujur tiada yang menipu. Zaman gua belajar dulu pun ada juga tipu ayat sendiri tapi cilok ayat sarjana. Ingat gua tak tahu?
************
Minah tanya soalan tadi gua rasa terdesak. Bukan apa gua rasa sampai saat dia perlukan teman lelaki  tapi dia gagal cari yang betul – betul jujur. Gua tak kisah, asalkan jangan dia cop gua tipu dia waktu bagi pandangan. Gua tetap telus berbual dengan minah tu. Tengah gua semangat bercakap dia terus potong ayat gua, “ntah awak pun penipu”, terus gua diam nak kentut pun dah tak keluar.
***********
Gua start enjin kereta gua ajak dia makan, tanda gua tak tipu dia nak belanja pasal gua pernah janji nak belanja kalau  dia lepak  dekat tempat gua.

Gua juga untung, dapat dating dan dapat bual amal.

05 May 2011

Inses...

sumbang mahram...
kerja bodoh anak haram...
ada anak ada adik buat macam barang..
kau ingat boleh beli semua dengan duit??
sumbang mahram..
tak kira siang malam...
asal sedap tak kisah dalam kelam....
sudah sedap lepas geram...
sumbang mahram...
kerja gila anak haram...
hidup punah tunggang langgang...
patut kena tendang siang malam...
sumbang mahram...
memang kesukaan anak haram...
tak takut dosa sebab suka...
memang patut kena sula...
setakat sebat apa gunanya..

Cengkerik...


Malam ni agak bosan dari malam sebelumnya. Kalau tidak sebelum ni dengar juga bunyi cengkerik tapi malam ni langsung tak ada. Memang tak berahi malam ni. Apa hal pun tak tahu. Rasanya cengkerik mogok. Cengkerik mintak naik gaji. Suruh cengkerik berbunyi melodi macam – macam tapi bayaran cengkerik dapat tak padan.

**********
Cengkerik pun nak makan, bayar sewa rumah , hantar anak tuisyen dan bayar ansuran kenderaan.
Bunyi nak lebih tapi penghargaan kurang. Kalau terus macam ni memang sah cengkerik tukar sarang.

***********
Patut cengkerik tak berbunyi malam ni, rupanya marah....

04 May 2011

Teman....


Gua masih menunggu seseorang. Bukan sebagai teman tidur jauh sekali teman main sahibba. Gua tunggu seseorang ni pasal nak ajak makan. Kalau gua sorang sorang makan memang gua tak berselera. Nak makan kena ada teman. Tak ada istilah bagi gua teman tapi mesra. Kalau dah teman semua mesra tak ada tak mesra. Tidak lu jangan berteman. Cewah.
********
Masuk bab nak makan ni gua paling malas kalau tengah makan ada orang ganggu. Soalan selalu gua dengar bang nak beli dvd tak? Tengah gua layan makan tomyam campur boleh rasa macam gua macam maggi kosong campur air panas. Tapi gua maintain sopan, gua tahu juga adab melayan tetamu. Kira yang jual dvd tu tetamu gua walau tak diundang.
*********
Kadang – kadang gua cepat bosan, selalu dia datang skrip yang sama dia cakap, bang dvd nak??yang baik punya atau yang biasa? Satu hari dia  tanya, gua jawab dvd yang baik punya tengah hot dalam surat khabar ada? 

Peh dia buat muka dengan gua..

02 May 2011

Nanti...


Satu hari di kedai mamak roti canai, terpampang sebuah drama swasta masyarakat hari ini.Si ayah dengan blackberry, si ibu dengan Samsung galaxy dan si anak dengan sony mp3. Aku senyum sendiri, ah biarlah orang hari ini ada duit semua boleh beli.Silap hari aku kena maki kalau pandang lagi sekali.

Hakikatnya, kasih sayang kita boleh dibeli dengan materi. Ada wang semua boleh jadi.
Tumpang simpati, jangan salahkan tulisan aku kalau satu hari ayah dengan blackberry skandal dengan “secretary”, mak dengan samsung galaxy pasang “anak ikan luar negeri” dan anak dengan sony mp3 dah “hilang harga diri”.

Kerana apa?? Masing – masing sejak di kedai mamak tempoh hari buat hal sendiri...

Nasihat....

Suatu pagi di kampung Pekok ( bukan bekok)

Pak maon:huh…..minyak naik lagi jenab.

Jenab: naik lagi???tak baca berita, tak tengok tv. Jauh sekali masuk internet baca  online.

Pak maon: kau ni jenab…tak pernah amik tahu?? dunia dah maju. Semua di hujung jari. Kau asyik nak ke sana sini jual barang pasal nak dapat pengaruh…

Jenab: eh2 orang tua ni….saya ke hulur ke hilir ada orang bawa….saya tak ada kereta.Tumpang orang sahaja.Mana saya tahu penat lelah cari duit isi minyak. Yang saya tahu jualan meningkat dan pengaruh makin kuat.

Pak maon: Tengoklah…jenab orang macam kau ni lah perlu ada rasa simpati..kau tu usahawan…duit ada..walau tak ada kereta kau jangan buat – buat buta. Aku ni walau naik basikal tua pun faham nasib orang lain. Aku memandang...kau??

Jenab:amboi – amboi…bukan main galak pulak dia pagi – pagi buta ni menceceh…dari awak menceceh ni baik pergi ke kandang buka ikatan lembu….

Pak maon: jenab oi….. saya menceceh??menceceh saya ni pasal realiti hari ini. Minyak ron97 dah naik dua kali tahun ni. Tulah kau, jangan jadi orang yang berfikiran lapok, yang basi, yang hanya menyerah kepada takdir dan percaya perkara tahyul yang boleh bunuh jiwa kau tu.

Jenab: amboi..di perlinya kita pula. Awak ni mengalahkan professor.

Pak maon: itu saja cara nak beri kau tu kesedaran menuju pemikiran yang bersih, maju dan bebas.

01 May 2011

Mereka...

Aku lihat satu masa dulu ruang ini sangat meriah dengan hilai tawa dan senyum senda uda dan dara.Hari ini yang ada hanya kerusi dan meja tanpa ada wajah – wajah idaman pemuda dan pemudi Malaya. Aku tahu mesti mereka telah ada di dalam ribaan ayah bonda. Oh aku lupa kita sudah lama jauh dari mereka. Saat habis tugas kita, ayuh pulang ke desa jumpa ayah dan bonda...

Rindu....

Suspek

Seorang  perempuan simpanan Dato T disyaki membunuh Dato Z atas alasan yang kurang jelas.suspek ditahan di sebuah rumah urut dan spa ketika berkemban. Sewaktu ditahan zakiah dalam keadaan terkejut sambil separuh tangan memegang sesuatu.Selepas disiasat rupanya sebotol ky jelly milik Dato Z.

 Hasil siasatan lanjut, zakiah berkata dia ada alibi sewaktu kejadian.Sewaktu kenyataan beramaran diambil, dia berkata dia sedang karaoke dengan seseorang pada hari kejadian. Katanya lelaki afrika. Puan, betul saya tak tahu. Saya di sebuah bilik yang agak samar samar sedang berkaraoke dengan peter warga ghana separuh usia yang saya kenal di kelab dangdut jalan tujuh. Kata Zakiah. Eh kamu jangan menipu,kesan cap jari kamu sepadan dengan senjata yang digunakan, gertak Insp. senah meon.

zakiah, sergah Ins. senah, kamu jangan nak bodohkan saya.Ini apa?? tunjuk insp. senah kepada zakiah.Nah kamu tengok betul2..adakah ini senjata kamu guna?. Insp. senah mencampakkan sesuatu kepada zakiah.Jelas rupanya senjata pembunuhan adalah sebatang timun.

Terdesak timun pun boleh....