09 May 2011

Anugerah.....


Desir malam itu buat hati lega. Rasa tenang lain dari yang lain. Atas lantai tanah itu ada seraut wajah tenang tidur dalam dakapan malam kelam. Wajah tu wajah tak berdosa yang sentiasa menjadi kesayangan semua.
***********
Bodoh kalau ada yang cakap budak tu anak haram. Sebenarnya siapa yang anak haram sebenarnya?? Kalau kau diberi makan hasil haram, tak salah kau digelar anak haram. Hasil yang menjadi darah daging kau dan akan diwarisi dari generasi ke generasi. Budak tu tak berdosa. Yang bersalah ayah dan ibunya akibat nafsu mengatasi rasional. Jangan hancurkan masa depan budak itu.
************
Budak tu cerdik, petah bercakap dan mudah faham apa kita cakap. Dari menyusu badan hingga pandai makan sendiri, budak tu membawa banyak erti. Susah senang dalam membesarkannya itu adalah  satu tanggungjawab dan bukti tanda cinta kamu pada budak itu. Cukuplah kesalahan kamu dulu, jangan dikesali kesilapan lalu kerana masa akan datang tak siapa yang tahu.
***********
Budak itu bangun dan bertanya, mama mana ayah??

No comments:

Post a Comment