02 May 2011

Nasihat....

Suatu pagi di kampung Pekok ( bukan bekok)

Pak maon:huh…..minyak naik lagi jenab.

Jenab: naik lagi???tak baca berita, tak tengok tv. Jauh sekali masuk internet baca  online.

Pak maon: kau ni jenab…tak pernah amik tahu?? dunia dah maju. Semua di hujung jari. Kau asyik nak ke sana sini jual barang pasal nak dapat pengaruh…

Jenab: eh2 orang tua ni….saya ke hulur ke hilir ada orang bawa….saya tak ada kereta.Tumpang orang sahaja.Mana saya tahu penat lelah cari duit isi minyak. Yang saya tahu jualan meningkat dan pengaruh makin kuat.

Pak maon: Tengoklah…jenab orang macam kau ni lah perlu ada rasa simpati..kau tu usahawan…duit ada..walau tak ada kereta kau jangan buat – buat buta. Aku ni walau naik basikal tua pun faham nasib orang lain. Aku memandang...kau??

Jenab:amboi – amboi…bukan main galak pulak dia pagi – pagi buta ni menceceh…dari awak menceceh ni baik pergi ke kandang buka ikatan lembu….

Pak maon: jenab oi….. saya menceceh??menceceh saya ni pasal realiti hari ini. Minyak ron97 dah naik dua kali tahun ni. Tulah kau, jangan jadi orang yang berfikiran lapok, yang basi, yang hanya menyerah kepada takdir dan percaya perkara tahyul yang boleh bunuh jiwa kau tu.

Jenab: amboi..di perlinya kita pula. Awak ni mengalahkan professor.

Pak maon: itu saja cara nak beri kau tu kesedaran menuju pemikiran yang bersih, maju dan bebas.

No comments:

Post a Comment