19 July 2011

JAM LIMA


Saat aku tembus dinding suram
Saat aku tendang kenangan silam
Saat aku tikam dendam semalam
Saat itu mata belum pejam
Kerana hal itu  bawaku ke suatu malam

KECAP RASA


Saat kau rasa, aku pun rasa
Degup jantung bak ombak samudera
Hati ini tentu milik kamu yang satu
Walau  saat ini kita nampak berbeza
Namun ku tahu kau memang dambakan cinta itu
Selalu bersama adalah saat – saat ku rindu
Selagi nafasku masih bersatu dalam jiwa tubuh itu
Jujurnya aku cinta dan rindu kamu

06 June 2011

Harga sebuah keputusan

Satu sms aku dapat dari Nisya. "Salam berapa result exam?subjek Dr. Hamzah dapat gred apa". Aku jadi kaget, hampir terlupa saat itu telah tiba. Keputusan peperiksaan untuk jamin masa depan. "Hello, Nisya dah boleh semak result?” kataku dengan tergesa – gesa. “Haaa dah boleh check weh. Kau check nanti cakap dengan aku result kau”. Balas Nisya.
******
“Check pakai sms? Macammana? Ajar aku cepat”. Balasku. “Taip no matrix dan kad pengenalan hantar ke 13400.” Celah Nisya. “Terima kasih”. Seraya aku letak telefon.
“Nisya aku tak dapat semak keputusan. Ada hutang.” Tanganku laju menekan punat telefon. Satu sms berjaya dihantar.
******
“Salam puan, maaf bertanya, yuran penginapan sehari berapa?”. Aku tanya selamba. “Sehari RM2.” Sahut wanita separuh umur berteleku di kaunter tanya. “Kenapa saya semak yuran penginapan RM140?” lantasku balas. “Awak jumpa Cik Yana awal pagi esok”. Balas wanita itu sambil tersenyum.
******
Perjalanan tanpa peta dan kompas cerita. Aku masih di lorong tanpa nama tanpa rupa hingga aku jumpa Cik Yana perempuan pakai kanta kaca minta bicara soal harga.
******
Malam itu aku berdoa semoga kekalutan ini ada rahmat di dalamnya.

05 June 2011

puisi hari cuti

Rasa RINDU dan rasa CINTA adalah kurniaaNYA
Rasa RINDU dan rasa CINTA adalah milik kita
Rasa RINDU dan rasa CINTA sangat syahdu
Rasa RINDU dan rasa CINTA boleh buat kita jadi malu
Rasa RINDU dan rasa CINTA boleh buat kita jadi kuat
Rasa RINDU dan rasa CINTA boleh buat kita rasa hebat
Rasa RINDU dan rasa CINTA ini SAMA – SAMA kita RASA.

30 May 2011

Pelacur...

pelacur...
kerja kau melacur....
jalan gelap lorong tikus kau redah....
mencari sesuap rezeki....
betul....untuk kau hidup...
hidup sihat dengan dosa - dosa lama...
yang membentuk peribadi hina...

pelacur...
kau cantik....
cantik kau bukan di lorong dan bukan di tilam lama...
cantik kau perlu pada insan yang kau sayang...
mana pergi??
mereka jual engkau??
atau engkau rela...
menjadi pelacur
sampai bila – bila

29 May 2011

Binatang...

Terdengar bunyi kucing jantan yang gersang, aku rasa mahu juga pergi terajang.Apakan daya seekor binatang mana tahu erti gersang.Tapi kita manusia?
Jawapan ada pada semua kerana kita bukan binatang.....

beri tajuk plzz.

Kring..kring  telefon pejabat sebesar penampar berbunyi. “Hello, siapa bercakap?” Sarah dari bahagian perkhidmatan pelanggan Suria Capital Sdn. Bhd. Erm saya Aliff, dari bahagian sumber manusia Jentayu Berhad. Tiba – tiba ingatan  Sarah melayang pada nama Aliff lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya. “Errr...Encik nak bercakap dengan siapa?” Saya nak bercakap dengan awak.Saya??? “Yaaa... awak Sarah kan yang saya jumpa di Jusco haritu.” “Alamak...memang benar inilah lelaki yang membuatkan aku jadi berahi untuk bercinta lagi.” Lafaz Sarah dalam hati.